Red Carpet TRWfm

Tuesday, February 15, 2011

Prebiu Perlawanan Kuala Lumpur vs Kelantan



                                   Sesi latihan menjelang perlawanan menentang Kuala Lumpur





Menjelang pertemuan menentang Kuala Lumpur malam ini, pasukan The Red Warriors dilihat berpeluang untuk melebarkan rekod tanpa kalah dengan kelebihan beraksi dilaman sendiri. Walaupun turun sebagai pasukan pelawat, Kelantan dilihat mempunyai kelebihan dari segi sokongan penyokong apabila Kuala Lumpur memilih Stadium Sultan Muhammad ke-IV sebagai venue pertandingan setelah tidak dapat beraksi di laman sendiri ekoran masalah teknikal. Kelebihan ini sudah pasti mahu diambil oleh pasukan bimbingan Datuk M Karathu untuk memenangi perlawanan ini sekaligus meraih tiga mata penuh.


Ramzul Zahini jadi taruhan di posisi serangan


Dari padang latihan skuad Kelantan, jurulatih pasukan dilihat tidak mempunyai masalah untuk menurunkan kesebelasan terbaik apabila kesemua pemain berada dalam tahap terbaik kecuali S.Chanturu yang masih lagi dalam senarai kecederaan. Norshahrul Idlan Talaha yang masih tidak cergas sepenuhnya sebelum ini sudah kembali cergas sepenuhnya dan bersedia untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan menentang Kuala Lumpur, malam ini.

Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu dijangka akan mengekalkan formasi 4-4-2 serta kesebelasan utama yang memenangi perlawanan menentang Johor FC sabtu lalu. Kombinasi Norshahrul Idlan Talaha dan Ramzul Zahini Adenan dilihat menunjukkan satu gaya serangan yang menarik. Menurut Datuk M Karathu, Ramzul merupakan seorang pemain yang rajin, dan beliau juga menunjukkan aksi yang baik ketika menentang Johor FC, namun ketajaman beliau di depan pintu gol perlu digilap lagi selepas dia gagal menyudahkan beberapa peluang ketika menentang Johor FC tempoh hari. Selain itu, Mat Yo juga dilihat sudah menemui sentuhan jaringan setelah dia kembali di posisi asal sebagai "backup striker" pada perlawanan lepas.

Khidmat Mat Yo ditagih untuk mencari gol



Di barisan tengah, gandingan ketua pasukan, Badri Radzi dan Shakir Shaari menunjukkan satu kesefahaman yang bagus setelah berjaya menyerap asakan dari tengah serta menguasai bahagian tengah sekaligus berjaya menjana serangan dengan baik. Di bahagian sayap kiri, kelincahan Nurul Azwan Roya melakukan larian dari bahagian tepi wajar dipuji setelah beliau berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan serta menjaringkan gol pada perlawanan yang lepas. Di bahagian sayap kanan pula, Solehin Kanasian dilihat masih lagi mencari-cari persembahan yang terbaik apabila beliau dilihat gagal memberi impak yang besar kepada pasukan. Prestasi beliau tidak mencapai tahap yang sepatutnya, namun beliau bukannya beraksi dengan buruk. Diharap Solehin Kanasian akan mampu meningkatkan prestasi dari masa ke semasa.


Posisi pertahanan dan penjaga gol Kelantan dilihat sudah bolos sebanyak dua kali berturut-turut ketika menentang Terengganu dan yang terbaru Johor FC. Sedikit sahaja kelalaian yang berlaku, padah akan menyusul. Namun jurulatih Kelantan tidak menyalahkan barisan pertahanan yang beraksi dengan baik setakat ini. Gandingan Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail dan Zairul Fitree dijangka akan dikekalkan diposisi pertahanan manakala Khairul Fahmi di posisi penjaga gol.

Pemain-pemain lain seperti Nizab Ayub, Khalid Jamlus, Danial Fadly, S.Subramaniam, Aziz Ismail, Shahrizan Ismail juga bersiap sedia untuk dimasukkan sebagai pemain gantian. Manakala seoarang lagi pemain kebangsaan, S.Chanturu masih belum pulih dari kecederaan ligamen kaki dan dijangka akan pulih dalam masa sebulan lagi. Untuk itu, S.Chanturu akan terlepas perlawanan ini dan juga perlawanan menentang T-Team.


S.Chanturu masih lagi cedera






Kesebelasan jangkaan yang akan diturunkan :

GK : Khairul Fahmi Che Mat
DF : Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, Zairul Fitree
MF : Solehin Kanasian, Badri Radzi (C), Shakir Shaari, Nurul Azwan Roya
ST : Ramzul Zahini Adenan, Norshahrul Islan Talaha











Dipetik dari : WawangPaiz.com






No comments:

Post a Comment