Red Carpet TRWfm

Tuesday, February 15, 2011

Ramzul mahu padam tanggapan negatif







KOTA BHARU - Biarpun ada sesetengah pihak kurang yakin akan kelibatnya, Muhammad Ramzul Zahini Adenan telah membuktikan dia antara bintang baru Kelantan yang perlu diberikan perhatian.

Meskipun jarang diturunkan pada musim lalu akibat kecederaan yang memaksanya berehat panjang, namun anak muda kelahiran Kampung Kangkong Pasir Mas ini nyata tidak menampakkan rasa gugup apabila diberikan peluang untuk beraksi, biarpun buat kali pertama pada saingan yang berprestij itu.

  Walaupun tidak menjaringkan gol pada perlawanan tersebut, namun kelibatnya yang cukup rajin dan bijak menghidu peluang serta mempunyai kepantasan larian, dilihat berjaya mengkucar-kacirkan bentang pertahanan lawan.

   Percaturan berani yang dilakukan oleh Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu mempertaruhkan gandingan Muhammad Ramzul dengan Norshahrul Idlan Talaha bagi merencanakan barisan serangan Kelantan ternyata membuahkan hasil.
Kedua-dua pemain itu dilihat seakan-akan sudah serasi biarpun baru pertama kali digandingkan.

   Muhammad Ramzul ketika dihubungi berkata, dia berterima kasih kepada Karathu kerana memberinya untuk beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan yang dihadapi pada pertengahan tahun 2009.
Menurutnya, dia tidak akan mensia-siakan peluang kerana sedar inilah peluang terbaiknya untuk membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan.
"Secara jujur boleh dikatakan saya masih belum berpuas hati kerana tidak menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut. Sebagai pemain penyerang, tugas saya adalah menjaringkan gol untuk pasukan.

   "Biar pun begitu, saya tetap merasa puas sekiranya rakan sepasukan yang lain dapatmenjaringkan gol dalam perlawanan itu. Namun, saya percaya peluang itu akan tiba dalam satu atau dua perlawanan tidak lama lagi," katanya.
Muhammad Ramzul memberitahu, perlawanan bertemu Johor FC Sabtu lalu merupakan perlawanan kompetitif pertamanya selepas berehat panjang gara-gara kecederaan.
   
   "Ini satu peluang keemasan untuk penampilan semula dan saya rasa peluang sudah ada, apa yang penting saya perlu bekerja dengan lebih keras jika mahu berada dalam kesebelasan utama.
"Harus diingat, Kelantan memiliki ramai pemain serangan yang hebat. Bagi saya, ia satu persaingan yang sihat untuk kami merebut tempat dalam 
kesebelasan utama," ujarnya.





                           Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment