Bekas pemain Kelantan, Sairozi Daud 33 tahun lebih dikenali sebagai Abe yang disahkan menghidap penyakit barah tengkuk sejak Februari tahun lalu, meninggal dunia kira-kira 10.00 pagi tadi di hospital Pakar Perdana Kota Bharu.
Allahyarham antara pemain yang membantu pasukan Kelantan muncul juara Piala FAM 2005.
Penderitaan penyakit barah yang dihadapi Allahyarham pernah didedahkan oleh akhbar-akhbar perdana, awal Disember tahun lalu dan mendapat perhatian beberapa pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK), Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) dan Skuad Sayang Wanita UMNO Pasir Mas dan Machang.
Penulis mengucapkan takziah buat keluarga allahyarham sairozi daud.Al - fatihah ,Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.Amin.
No comments:
Post a Comment