Red Carpet TRWfm

Wednesday, January 26, 2011

B. Sathianathan Kekal Bersama Kelantan




    Ternyata spekulasi yang mengatakan jurulatih B.Sathianathan sudah meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan The Red Warriors ternyata meleset. Seperti yang diketahui umum, B. Sathianathan telah digantung 6 bulan oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara memberi komen di media mengenai vanue perlanan yang melibatkan pasukan Perlis dan juga Terengganu. Ternyata, keputusan FAM itu menaikkan kemarahan penyokong pasukan Kelantan dan keputusan itu adalah tidak wajar sama sekali! FAM oh FAM! Apa agenda disebalik pergantungan B.Sathianathan?

Di sebalik kebodohan FAM menjatuhkan hukum keatas B. Sathianathan, Tan Sri Annuar Musa dan KAFA bertindak jauh lebih bijak dengan mengekalkan B. Sathianathan di Kelantan. Beliau telah dilantik sebagai "Penasihat Teknikal dan Pembangunan Kepada Presiden" dan sebagai CEO "KELANTAN AL-HAMRA RED WARRIORS FOOTBALL ACADEMY" (KARFA) berkuat kuasa mulai 1 Februari 2011. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Semua dapat kita lihat, FAM seolah-olah mahu menutup periuk nasi B.Sathianathan, namun Tan Sri Annuar Musa dan juga KAFA bertindak bijak dengan menjaga periuk nasi seorang jurulatih yang pernah berjasa dan mengharumkan nama pasukan Kelantan. 

Mengenai isu pelantikan jurulatih baru bagi pasukan Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa perkara itu belum diputuskan lagi. Untuk sementara waktu itu, tugas itu dipangku oleh penolong jurulatih, Hashim Mustapha dan pengecualian akan dari pohon dengan FAM sehingga jurulatih lesen A yang sesuai ditemui. Antara nama-nama yang dikhabarkan mengisi kerusi panas itu ialah bekas pengendali Kelantan sebelum diambil oleh B.Sathianathan, iaitu Peter James Butler, Azraai Khor Abdullah, bekas jurulatih Kedah dan juga Harimau Muda A, Bojan Hodak yang pernah bersama Sherby Sigh membina pasukan My Team dan juga M. Kharatu.




No comments:

Post a Comment