Red Carpet TRWfm

Monday, February 21, 2011

Kelantan ke pusingan kedua





Juara Piala Malaysia,Kelantan berjaya ke pusingan kedua saingan Piala FA selepas terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan T Team 6-5 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1  dalam perlawanan yang mendebarkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,Kuala Terengganu. 

 Dalam perlawanan itu,Kelantan memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-51 berpunca daripada sepakan sudut yang diambil Nurul Azwan Roya dan disudahkan oleh Rizal Fahmi yang tidak dikawal dengan tandukan cantik menewaskan bekas penjaga gol negara, Pahang dan Terengganu, Syamsuri Mustafa.

Berpuca dari gol itu,T Team melancarkan serangan bertali arus ke kubu Kelantan dan hasilnya,Indra Putra Mahayudin bekas pemain Kelantan yang juga ketua pasukan T Team berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60 dengan rembatan voli cantik menerjah gawang Kelantan yang dikawal penjaga gol Kebangsaan,Khairul Fahmi Che Mat setelah mendapat hantaran silang daripada Harris Safwan Kamal.

Indra sekali lagi berpeluang menghasilkan gol untuk pasukan T Team pada minit ke-88 apabila mendapat lorongan bola yang cantik daripada Subri Sulong namun rembatan kaki kirinya hanya sekadar menggegarkan tiang gol.

Minit akhir perlawanan pengadil telah menghadiakan sepakan penalti kepada pasukan Kelantan apabila Danial Fadly dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan T Team.
Penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha yang ditugaskan mengambil sepakan penalti itu mensia-siakan peluang terbaik menyegerakan kelayakan Kelantan ke pusingan kedua setelah sepakan penaltinya pada minit akhir perlawanan  tersasar tinggi mengecewakan kira-kira 5 ribu penyokong Kelantan yang hadir ke Stadium Sultan Isamail  Nasiruddin Shah.


Setelah 120 minit beraksi,kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol kemenagan dan  pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.


Kem Kelantan seharusnya berterima kasih kepada Nor Fazly Alias apabila sepakan penalti keenam yang diambilnya meliar tinggi sekaligus menghadiahkan kemenangan kepada pasukan Kelantan.Manakala anak buah Datuk M.Karathu pula berjaya menyempunakan keenam-enamnya sepakan yang diambil oleh Norshahrul Idlan, Rizal Fahmi, Nurul Azwan Roya, Shakir Shaari,DaudsuJamaludin dan Danial Fadly Abdullah.Pemain T Team yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti  ialah Indra Putra, Harris Safwan, Khairul Izwan Khalid, Badrul Hissani Rahman dan Shamsul Kamal Mohamad.

Kelantan dijadualkan akan menentang kelab dari selatan tanah air iaitu Johor FC pada pusingan kedua 4 Mac ini di Stadium Jcorp Pasir Gudang.Sebelum ini kedua-dua pasukan telah bertemu dalam Liga Super yang berkeputusan memihak kepada pasukan Kelantan dengan jaringan 4-1 yang dilansungkan di Stadium Sultan Muhammad iv.





1 comment: