Red Carpet TRWfm

Wednesday, January 26, 2011

The Red Warriors akur keputusan FAM

KHAIRUL FAHMI menerima insentif daripada Nik Aziz sambil diperhatikan Annuar (dua dari kanan) dan Abdul Fatah (ki





KETUA Pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi mengakui rakan-rakan sepasukan masih lagi terkejut dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan hukuman pengantungan ke atas ketua jurulatih mereka, B. Sathianathan selama enam bulan berkuatkuasa semalam, lapor YATIMIN ABDULLAH.
Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh The Red Warriors dalam menghadapi perlawanan pembukaan menentang Selangor bagi merebut kejuaraan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
"Walaupun sesi latihan tanpa ketua jurulatih, namun saya dan rakan-rakan tetap menjalani latihan seperti biasa di bawah bimbingan penolong ketua jurulatih, Hashim Mustafa dan Sidek Samsudin.
"Mungkin ketiadaan jurulatih akan merencatkan sedikit persiapan pasukan, namun kita tidak harus menganggap ia sebagai satu penghalang untuk kita meneruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek kepada pemain pasukan Kelantan ekoran kejayaan mereka menjuarai Piala Malaysia tahun lalu.
Tambahnya, untuk perlawanan menentang Selangor Sabtu ini, dia mahu rakan-rakanya fokus dan memberikan aksi terbaik pada kempen sulung bagi musim 2011 itu.
"Saya akui mungkin ia memberikan sedikit tekanan buat kami dengan ketiadaan jurulatih, namun saya yakin rakan-rakan sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan tersebut."
Dalam pada itu, Mohd. Badri memberitahu untuk perlawanan pembukaan Sabtu ini, Kelantan akan turun tanpa kelibat S.Chanturu yang masih lagi belum pulih daripada kecederaan.
Mengulas mengenai bakal pengganti B. Sathianathan, Mohd. Badri memberitahu dia menyerahkan isu tersebut kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan.
Sementara itu, penyerang sensasi Kelantan yang juga pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk perlawanan pertama bertemu Selangor bagi merebut kejuaraan Piala Sumbangsih.
"Hasrat saya ialah untuk membantu membawa pulang kejuaraan tersebut dan membuktikan kita tetap bersemangat walaupun tanpa ketua jurulatih," katanya.ri).



Kosmo 26 Januari 2011

Kelantan berada dalam bahaya

MESKIPUN berdepan pelbagai cabaran, barisan pemain Kelantan sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Selangor pada aksi pembukaan Liga Super 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.




KELANTAN mungkin berdepan masalah tidak dibenarkan beraksi menentang Selangor pada perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Ini kerana, peraturan pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewajibkan setiap pasukan perlu mendaftar jurulatih yang memegang Lesen A sedangkan Kelantan kini tidak memilikinya setelah B. Sathianathan digantung enam bulan berkuatkuasa kelmarin.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Kelantan perlu segera mencari pengendali sementara yang memiliki Lesen A dalam tempoh beberapa hari ini bagi membolehkan mereka memenuhi syarat untuk turun beraksi Sabtu ini.
"Perkara ini sudah termaktub dalam peraturan pertandingan. Jadi Kelantan perlu segera mendapatkan seorang jurulatih Lesen A bagi didaftarkan sebelum perlawanan pertama Liga Super 2011 pada Sabtu ini.
"Jika gagal, maka Kelantan dianggap tidak memenuhi syarat pertandingan dan boleh dikenakan tindakan tidak dibenarkan untuk turun beraksi," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Kelmarin, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan hukuman penggantungan enam bulan ke atas Sathianathan yang sebelum ini ditangguhkan sementara ekoran tindakannya mengkritik FAM secara terbuka di media.
Justeru, desas-desus mengatakan Kelantan bakal mengambil bekas jurulatih Kedah dan Harimau Muda A, Mohd. Azraai Khor Abdullah bagi mengisi ketiadaan Sathianathan memandangkan dua penolong jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha dan Sidek Samsudin hanya memiliki Lesen B.
Namun ia tidak semudah disangka kerana menurut Azzuddin, isu penamatan kontrak Azraai dan FAM nampaknya belum selesai manakala KAFA pula belum menyatakan secara rasmi untuk mendapatkan Azraai.
"Sehingga hari ini (semalam), Sekretariat FAM masih belum terima apa-apa permohonan secara rasmi daripada KAFA untuk berunding bagi mendapatkan Azraai.
"Isu FAM dan Azraai juga masih tergantung kerana terdapat perkara yang tidak dipersetujui Azraai. Ia sudah di luar bidang kuasa Sekretariat FAM kerana kini perlu dibawa ke Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kewangan FAM," jelas Azzuddin.
Azzuddin turut berharap agar isu penggantungan Sathianathan tidak disensasikan semua pihak memandangkan semua pemain dan pegawai pasukan telah sedia maklum peraturan yang termaktub dalam kod disiplin FAM.
"Perkara ini sudah jelas, jika pemain atau pegawai buat kenyataan tidak betul di media, maka mereka boleh dihukum. Jawatankuasa Rayuan tak boleh lari jauh dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib kecuali andai berlaku salah hukum," tegasnya.


Kosmo 26 Januari 2011

Bebas



       TIGA bekas pemain Kelantan bebas.
Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose serta bekas kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin disahkan bebas untuk beraksi dengan pasukan baru pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Indra, Farhan dan Azizi kini menyarung jersi T-Team manakala Azidan menyarung jersi Selangor.
Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang semalam mendapati notis tawaran lanjutan kontrak yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) kepada pemain-pemain terbabit adalah tidak sah.
Pengerusinya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, notis tawaran lanjutan kontrak yang dikemukakan KAFA dan KLFA itu didapati tidak mematuhi tempoh tiga bulan yang ditetapkan serta tidak disertakan terma dan syarat untuk kontrak baru.
“Peraturan 10.1 menyebut bahawa notis tawaran lanjutan kontrak perlu diberikan kepada pemain tiga bulan sebelum kontraknya tamat.
“Peraturan 10.2 pula menyebut bahawa notis tersebut perlu disertakan dengan terma dan syarat untuk kontrak baru seperti gaji, sambung berapa lama, bonus, elaun dan sebagainya.
“Peraturan 10.3 pula menyebut bahawa pemain perlu menjawab notis tersebut dalam tempoh 30 hari selepas menerimanya.
“Untuk kes Indra, Farhan dan Azizi, kontrak mereka tamat pada 30 November 2010 iaitu 30 hari selepas perlawanan terakhir Kelantan (30 Oktober). Notis sepatutnya diberi sebelum 30 Ogos tetapi KAFA hanya beri notis itu pada 1 September.
“Bagi kes Azidan, kontraknya tamat pada 8 November 2010 iaitu 30 hari selepas perlawanan terakhir Kuala Lumpur (9 Oktober). Notis sepatutnya diberi sebelum 8 Ogos tetapi KLFA hanya beri notis itu pada 6 September.
“Jadi memang jelaslah Peraturan 10.1 gagal dipatuhi oleh KAFA dan KLFA. Maka notis dikeluarkan mereka itu tidak sah,” kata Takiyuddin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Jelas Takiyuddin, tuntutan pampasan KLFA sebanyak RM250,000 kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kerana mendakwa Azidan, 25, yang mereka didik sejak berusia 15 tahun turut ditolak.
“KLFA tidak layak menerima pampasan kerana usia Azidan sudah melebihi 21 tahun dan ini bukan kali pertama dia menandatangani kontrak profesional. Pampasan dituntut KAFA juga ditolak tetapi tidak dinyatakan jumlah,” ujarnya.
Sementara itu, kes ketiga membabitkan empat pemain PKNS musim lalu ditolak selepas pihak pengadu iaitu PKNS memilih untuk berbincang terus dengan empat majikan baru bekas pemain mereka itu.
Justeru empat pemain terbabit, G. Mahathevan kini bebas untuk menyarung jersi Negeri Sembilan, Saufi Ibrahim (Johor FC), Alafi Mahmud (Pahang) dan A. Varathan (Sime Darby).




Adil kah FAM ??

                  

                 Keputusan Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan hukuman gantung 6 bulan ke atas ketua jurulatih Kelantan disifatkan oleh sesetengah pihak tidak adil sama sekali. Jika diikutkan, kes B.Sathianathan terlalu kecil dan teguran B. Sathianathan di media adalah berasas, bukanya beliau menabur fitnah. Adakah FAM tidak mampu menerima kritikan? Pantang dicuit terus melatah bagaikan anak kecil.


 Jika nak dibandingkan kes B.Sathianthan dengan kes Kahirul Anuar Baharom "menanduk" Haris Safwan Kamal dari T-Team sejurus selepas tamat permainan, kes itu lebih berat kerana menyerang secara fizikal. Tapi apa keputusan kepada kes itu? Khairul Anuar Baharom hanya digantung 3 perlawanan sahaja? Manakala B. Sathianathan yang hanya memberi sedikit komen di media digantung 6 bulan bersamaa dengan separuh musim. FAM adil? FAM buta? FAM Kayu? Atau peraturan sedia ada memang terlalu kejam dah perlu diubah? YA, perlu diubah, bila saja Jurulatih dari negeri "itu" pula yang membuat kesalahan, semua peraturan boleh "diubah" bila-bila masa sahaja.



Komen B. Sathianathan mengenai vanue perlawanan itu dikatakan salah, bagaimana pula kes pegawai-pegawai dari Negeri Sembilan yang mempertikai keputusan FAM mengubah perlawanan Piala Sumbangsih yang sepatutnya menemukan Juara Piala Malaysia dan Juara Piala FA, namun FAM "kononnya" telah mengubah peraturan itu sejak awal musim lagi. Dan ramai pegawai dari Negeri Sembilan mempersoalkan keputusan itu, namun, mereka tidak pula dikenakan tindakan.Sekecil-kecil kesilapan dari pasukan Kelantan akan dibesar-besarkan dan sebesar-besar kesalahan dari "pasukan tertentu" di kecil-kecilkan. 

B. Sathianathan Kekal Bersama Kelantan




    Ternyata spekulasi yang mengatakan jurulatih B.Sathianathan sudah meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan The Red Warriors ternyata meleset. Seperti yang diketahui umum, B. Sathianathan telah digantung 6 bulan oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara memberi komen di media mengenai vanue perlanan yang melibatkan pasukan Perlis dan juga Terengganu. Ternyata, keputusan FAM itu menaikkan kemarahan penyokong pasukan Kelantan dan keputusan itu adalah tidak wajar sama sekali! FAM oh FAM! Apa agenda disebalik pergantungan B.Sathianathan?

Di sebalik kebodohan FAM menjatuhkan hukum keatas B. Sathianathan, Tan Sri Annuar Musa dan KAFA bertindak jauh lebih bijak dengan mengekalkan B. Sathianathan di Kelantan. Beliau telah dilantik sebagai "Penasihat Teknikal dan Pembangunan Kepada Presiden" dan sebagai CEO "KELANTAN AL-HAMRA RED WARRIORS FOOTBALL ACADEMY" (KARFA) berkuat kuasa mulai 1 Februari 2011. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Semua dapat kita lihat, FAM seolah-olah mahu menutup periuk nasi B.Sathianathan, namun Tan Sri Annuar Musa dan juga KAFA bertindak bijak dengan menjaga periuk nasi seorang jurulatih yang pernah berjasa dan mengharumkan nama pasukan Kelantan. 

Mengenai isu pelantikan jurulatih baru bagi pasukan Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa perkara itu belum diputuskan lagi. Untuk sementara waktu itu, tugas itu dipangku oleh penolong jurulatih, Hashim Mustapha dan pengecualian akan dari pohon dengan FAM sehingga jurulatih lesen A yang sesuai ditemui. Antara nama-nama yang dikhabarkan mengisi kerusi panas itu ialah bekas pengendali Kelantan sebelum diambil oleh B.Sathianathan, iaitu Peter James Butler, Azraai Khor Abdullah, bekas jurulatih Kedah dan juga Harimau Muda A, Bojan Hodak yang pernah bersama Sherby Sigh membina pasukan My Team dan juga M. Kharatu.




Tuesday, January 25, 2011

Azraai dirisik Kelantan



       KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih Harimau Muda dan Kedah, Azraai Khor Abdullah memberitahu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ada bertanya kepadanya sama ada berminat memikul tanggungjawab sebagai jurulatih Kelantan pada musim ini.
  
      Menurutnya, menerusi perbualan telefon, Annuar ada bertanyakan sama ada dia berminat mengendalikan skuad Kelantan pada musim hadapan sekiranya B. Sathianathan kekal digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
  
     ''Tan Sri (Annuar Musa) ada hubungi saya pada petang tadi (semalam), dia ada tanya pada saya berminat atau tidak melatih Kelantan jika diberikan peluang.
   
     ''Terus-terang saya berkata InsyaAllah, saya bersedia dan tiada sebarang masalah jika Tan Sri mahu saya melatih Kelantan. Saya memang berminat.
   
    ''Namun, setakat itu sahaja perbualan kami dan tiada sebarang perbincangan hitam putih di antara kami mengenai perkara lain.
   
    ''Tan Sri pun sendiri ada cakap buat masa ini mereka (KAFA) sedang meneliti bentuk hukuman yang dijatuhkan oleh FAM kepada Sathia sebelum membuat apa-apa keputusan, "katanya ketika dihubungi, semalam.
   
    Azraai dilihat satu-satunya calon berkaliber untuk menggantikan Sathianathan selepas tidak lagi mengendalikan mana-mana pasukan ekoran dilepaskan secara kontrak oleh FAM ketika membimbing skuad Harimau Muda.
  
    Sekiranya dia menjadi jurulatih Kelantan, ia akan menjadi pasukan negeri pertama yang akan dibimbing oleh Azraai di luar Kedah.
  
    Sathianathan terpaksa menjalani hukuman enam bulan bermula semalam sehingga 23 Julai depan ekoran keputusan Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan hukuman yang dijatuhkan Jawatankuasa Disiplin.
  Kelantan perlu segera mencari seorang jurulatih yang mempunyai lesen A sebelum sepak mula berdepan Selangor dalam aksi Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
  
    Namun, Azraai menjelaskan masih terdapat sedikit halangan buat Kelantan jika mahu mendapatkan khidmatnya ekoran masih mempunyai kontrak melatih Harimau Muda sehingga hujung tahun ini bersama FAM .
  
    ''Saya harap KAFA boleh berunding mengenai masalah kontrak saya dengan FAM untuk mendapatkan pelepasan.
  ''Buat masa ini, sukar untuk saya perkatakan perkara itu (kontrak) lebih lanjut, saya cuma harap jika Kelantan mahukan khidmat saya, FAM tiada sebarang masalah memberi kelonggaran, '' ujarnya.



*dipetik dari Utusan Malaysia Online















Azrai ganti Sathia ??








      Khabar agin bertiup kencang menyatakan bekas pengendali pasukan Kedah dan Kebangsaan,Azrai khor Abdullah bakal mengantikan B.Sathianathan selaku pengandali baru pasukan Kelantan.Perlantikan Azrai itu ekoran Jawatan Kuasa Rayuan FAM mengekalkan hukuman pengantungan 6 bulan  keatas B.Sathianathan bermula 24 Jan - 23 julai.


Sebelum ini,B.Sathianathan di khabarkan sudah meletak jawatan selaku jurulatih Kelantan apabila hukuman yang dikenakan keatasnya kekal tetapi dinafikan dalam satu tebual bersama ASTRO ARENA.


Jika benar Azrai khor dilantik sebagai pengendali baru pasukan Kelantan ia sedikit sebanyak dapat menyuntik kembali semangat pemain-pemain The Red Warriors yang telah dilanda pelbagai isu sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula.

Setakat ini masih belum ada pengunguman rasmi dari pihak KAFA mahupun Azrai.Status B.Sathianathan yang masih belum melepaskan jawatan tersebut juga masih belum diketahui.Di fahamkan ianya akan diputuskan dalam satu mesyuarat tergempar yang dilansungkan sebentar tadi dan akan diumumkan tengahari esok di SUK Kelantan.


Megikut spekulasi,esok juga dijangka Tan Sri Anuar Musa akan mengumumkan Azrai Khor selaku pengendali baru pasukan The Red Warriors bagi mengantikan kerusi panas yang belum pun ditinggalkan B.Sathianathan secara sah.Adakah pasukan Kelantan akan memiliki dua jurulatih ataupun sebaliknya ?.Sama-sama kita nantikan pengunguman rasmi oleh Tan Sri Anuar Musa esok.









B.Sathianathan nafi letak jawatan






    Jurulatih pasukan Kelantan,B.Sathianathan menafikan beliau telah meletakkan jawatan selaku pengendali pasukan itu sejurus keputusan Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan hukuman penggantungan 6 bulan ke atas nya.Penafian itu dibuat selepas khabar agin mengatakan beliau sudah pun meletak jawatan selaku pengendali pasukan Kelantan.


Menurut kenyataan dalam ASTRO ARENA jam 7.30 sebentar tadi,beliau menyatakan beliau hanya digantung oleh FAM dan bukanya meletak jawatan seperti yang di gembar-gemburkan.


Dalam pada itu,Persatuan Bola Sepak Kelantan menerusi presiden Tan Sri Anuar Musa akan mengadakan satu mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan status sathianathan yang digantung sehingga julai.Keputusan mesyuarat itu dijangka akan diumum di pejabat SUK Kelantan tengahari esok.















Monday, January 24, 2011

Sathia letak jawatan ?





            Jurulatih pasukan Kelantan B.Sathianathan dikhabarkan meletak jawatan secara mengejut berkuat kuasa serta merta ekoran tindakan FAM mengekalkan hukuman menggantung beliau selama 6 bulan.Hukuman tersebut dikenakan  kerana beliau didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin FAM atas sebab melemparkan kritikan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mengenai jadual perlawanan pada saingan Liga Super musim lalu. 

Sebelum ini,beliau telah pn dijatuhkan hukuman pengantungan selama 6 bulan sebelum separuh akhir kedua Piala Malaysia Oktober tahun lepas,namun beliau membuat rayuan untuk menangguh kes lantaran pasukan kelantan berjaya melayakkan diri ke final bertemu negeri sembilan.

Namun hari ini Jawatankuasa Rayuan FAM telah memutuskan hukuman keatas B. Sathianatan kekal dengan hukuman pengantungan selama 6 bulan berkuatkusa serta merta. Dan ekoran dari itu B. Sathianathan membuat keputusan drastik dengan meletakkan jawatan beliau sebagai jurulatih pasukan Kelantan.

Jika benar,keputusan perletakan jawatan B.sathianathan ini memberi tamparan hebat buat pasukan kelantan tatkala isu perpindahan 3 pemain pasukan itu masih belum selesai.Kelantan dijadualkan akan turun menentang Selangor  dalam saingan merebut Piala Sumbangsih dan Liga Super 29 Januari ini di Shah Alam.




Happy penaja utama Kelantan

ANNUAR (kanan) diperkenalkan kepada pemain Kelantan pada majlis menandatangani tajaan di Kota Bharu semalam.






KELANTAN melengkapkan persiapan untuk mengharungi Liga Super musim 2011 dengan mengumumkan penaja-penaja yang akan bersama pasukan itu dengan syarikat jenama prabayar Happy sebagai rakan kongsi dan penaja utama dengan tajaan bernilai jutaan ringgit.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memberitahu, selain Happy, enam lagi penaja, Al-Hamra Group, TRW Station, Umbro, Al-Jabbar, Sinar Harian dan Yusmira Trading turut bersama-sama memberikan sumbangan dalam usaha mengukuhkan lagi dana The Red Warriors.
Menurutnya, dengan adanya penajaan ini terutama beberapa syarikat yang dipelopori anak jati Kelantan ini mampu menaikkan semangat pasukan Kelantan yang pastinya berdepan cabaran hebat untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini.
"Saya tidak bercadang untuk mendedahkan jumlah keseluruhan penajaan ini tetapi ia cukup memberi suntikan baru kepada KAFA dan pasukan Kelantan yang pastinya berdepan cabaran hebat untuk musim baru bola sepak tempatan.
"Happy bukan sekadar penaja utama untuk pasukan Liga Super Kelantan tetapi sebagai rakan kongsi dalam program pembangunan akar umbi bola sepak Kelantan dengan penubuhan pusat, klinik dan karnival bola sepak serta liga bawah umur," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani dokumen penajaan oleh semua penaja selain memperkenalkan jersi Kelantan untuk musim 2011 bersama logo penaja di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu semalam.

 KOSMO 24 Jan 2011

MAMPUKAH THE RED WARRIORS MEMBAHAM THE RED GIANT ??



                                                                                         
by :Ijul dan Kelantafc
Photo:Anazs

     2011 menyaksikan pasukan The Red Warrior hadir ke Stadium Shah Alam untuk merebut Piala Sultan Ahmad Syah pada 29 Januari ini,tanpa  3 tonggak utama (Indra,Farhan dan Azizi) yang membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia di Bukit Jalil lewat tahun 2010.

Segala perancangan dan persiapan rapi Persatuan Bola Sepak Kelantan untuk menjadikan pasukan The Red Warrior  sebagai sebuah pasukan “ideal” pada musim ini,sedikit tempang,gara-gara tindakkan “3 Trio” yang beralih angin ke pasukan T-Team melalui “pintu belakang”.

Rekod pertemuan antara Kelantan melawan Selangor di Stadium Shah Alam,menunjukkan The Red Warrior hanya mampu mencatatkan keputusan seri.Sama ada dalam aksi Liga Super atau pun Piala Malaysia.

Harus diingatkan,Pasukan Selangor merupakan sebuah pasukan yang cukup berpengalaman dalam aksi Piala Sultan Ahmad Syah.

Sejak piala Sultan Ahmad Syah diperkenalkan pada tahun 1985 Selangor merupakan pasukan pertama yang bertanding dan berjaya merangkul piala tersebut dengan menundukkan Pasukan Pahang 2-1.

Malah,Selangor telah pun menjuarai piala ini sebanyak 8 kali dan 4 kali sebagai naib juara.

Kini Selangor bergelar juara bertahan Piala Sultan Ahmad Syah yang dimenangi 2 tahun berturut-turut apabila menundukkan Kedah 4-1 pada 2009 dan menewaskan N.Sembilan 2-1 pada tahun 2010.

Manakala bagi pasukan The Red Warrior pula,inilah kali pertama bertanding dalam aksi merebut Piala Sultan Ahmad Syah.

Persoalannya, mampukah The Red Warriors merebahkan The Red Giant di gelanggang keramat mereka???. Sama-sama kita nantikan.

Sunday, January 23, 2011

Perjumpaan malam minggu




Lokasi tempat biasa,kedai milik CEO,kedai Nasi Kukus Pasir Mas,Kajang




  CEO dan Saudara Awe Sulong


                                          



  Poker duluh spukoll





                                                
Tok ngulu senyum riang  Manchester United menaang 5-0,.hihihi
                                            


                                        

Unit kawalan diketuai oleh saudara Putra Lipak
                            
                        






Sekian laporan untuk kali ini,semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan siaran,majulah sukan untuk negara.




Photo : Putra Lipak & Rich Red







Saturday, January 22, 2011

Percubaan pertama



Bla bla bla bla bla bla Bla bla bla bla bla bla Bla bla bla bla bla bla Bla bla bla bla bla bla Bla bla bla bla bla bla Bla bla bla bla bla bla Bla bla bla bla bla bla Bla bla bla bla bla bla Bla bla bla bla bla bla Bla bla bla bla bla bla Bla bla bla bla bla bla Bla bla bla bla bla bla